MPBL 1988/90
Blog ini diwujudkan untuk menghubungkan kembali silatulrahim serta mengetahui perkembangan diri, kerjaya serta keluarga guru-guru lepasan MPBL sesi 1988/90.
Tuesday, January 11, 2011
REUNION KELAS PSR D
alhamdulillah mini reunion kelas PSR D menjadi reality....tahniah atas usaha saudara Unlong Nudin dan rakan-rakan.......
SALAM TAHUN 2011
Rasanya lama sangat dah aku tak jenguk blog ni.....leka oleh facebook. Alhamdulillah makin rami dah rakan2 yg dah dapat dihubungi...tq FB kerana mu kami dapat berhubung semula. Insyallah tahun baru ni aku akan memeriahkan semula blog ni agar kita dapat mengembalikan jkenangan semasa hidup di maktab dolok.
Saturday, May 15, 2010
BUAT INSAN BERNAMA GURU......
Guru O Guru
Dialah pemberi paling setia.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Trengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang di apungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang 1979
SELAMAT HARI GURU....2010
Saturday, April 3, 2010
KENANGAN ASRAMA TERBUKA....MPBL.
HALAMAN KENANGAN OLEH NORLEDA SA'AIT
Friday, April 2, 2010
BERSAMA PEMINAT....

Sempat juak aku posing selepas membuat persembahan pada Malam Bintang MPBL 1990... Sik dapat ku lupak....first time ikut bertanding berlagu terus masuk final....Eishhhh!!!!! Mun ku tauk sora ku bagus lok sik ku mauk jadi cikgu.....Haaa...sokongan daripada rakan sekelas dan rakan sama palak......Sini tuju si Rosli Narali tuk? Kepada sesiapa mengenali dan mengetahui di mana beliau berada tolong maklumkan kepada aku........dah 20 tauk sik ada kaba berita....
Subscribe to:
Posts (Atom)
