Saturday, May 15, 2010

BUAT INSAN BERNAMA GURU......

Guru O Guru

Dialah pemberi paling setia.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Trengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang di apungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang 1979

SELAMAT HARI GURU....2010


Saya ingin mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua rakan-rakan guru semoga perjuangan serta kerjaya kita selama ini diberkatiNya dan mendapat ganjaranNya di akhirat kelak. Kepada rakan-rakan guru yang telah kembali ke rahmatullah.....sama-samalah kita sedekahkan surah Al- Fatihah......

Saturday, April 3, 2010

KENANGAN ASRAMA TERBUKA....MPBL.


Semasa asrama terbuka di bilit Salina Rashidin.
Dari belakang kamek, depan (kiri) Salina Junaidi (PMPS), Embok dan Salina Rashidin

HALAMAN KENANGAN OLEH NORLEDA SA'AIT


Bergambar di Bilit Seni..

dari kiri (belakang) Dyg Siti Fatimah, Allahyarmah Sh. Rodziah, Kathay, (depan) Norleda, Salina, Robe'ah. ...masih segar dalam ingatanku...

Friday, April 2, 2010

BERSAMA PEMINAT....


Sempat juak aku posing selepas membuat persembahan pada Malam Bintang MPBL 1990... Sik dapat ku lupak....first time ikut bertanding berlagu terus masuk final....Eishhhh!!!!! Mun ku tauk sora ku bagus lok sik ku mauk jadi cikgu.....Haaa...sokongan daripada rakan sekelas dan rakan sama palak......Sini tuju si Rosli Narali tuk? Kepada sesiapa mengenali dan mengetahui di mana beliau berada tolong maklumkan kepada aku........dah 20 tauk sik ada kaba berita....

TUKANG MASAK ST. JOHN AMBULANCE....


Sempat posing juak tukang masak St. John Ambulance.....Tapi sempat masak sardin jak. Norsiah ada aku jumpa sekali kat Wisma Hopoh dan sekarang tuk pun sama2 belajar kat OUM. Tapi yang sorang ni.....dah sik ada khabar berita. Oooooo Dayang Sara ..apa kaba kitak?

Thursday, April 1, 2010

MENGIMBAU KENANGAN.....


Hanya ini yang dapat aku carikan untuk tatapan rakan-rakan semua. Hampir 20 tahun berlalu dengan teknologi yang masih belum lagi canggih masa kita kat maktab dulu maka apa yang aku paparkan ini tidak begitu baik kualitinya...maafkan aku.

JAWATANKUASA INDUK RE-UNION GURU LEPASAN MAKTAB PERGURUAN BATU LINTANG, KUCHING SESI 1988-1990

Rakan-rakan tolong cadangkan nama2 untuk AJK induk dan AJK pengelola majlis kita nanti.

Tuesday, January 5, 2010

PESTARAMA UNIT BERUNIFORM D TELUK BATIK, LUMUT.


Bersantai bersama rakan-rakan St. John Ambulance MPBL Kuching, Sarawak. Kepada rakan-rakan yang kelihatan dalam gambar........di manakah kalian sekarang??????