Sunday, November 8, 2009

Lambang Kemegahan.........

Ingat lagikah dengan logo ini???????? Masihkan....tapi ingat agikkah dengan lagu maktab zaman kita dolok. Mun ada liriknya atau MP3kah dan yang sewaktu dengan hantar ke dalam blog tok. Teringin nak dengar kembali kesayuan lirik lagu tu.............................

ROCK NEVER DIE & STILL YOUNG.....


"Mengapa aku tak dapat melupakanmu
Antara perjalanan
Suci menangkap waktu
Membuat aku rindu..............................."

Drummer : Teruna (Sik pandey tua nya tok)
Bass : Mr. Roslan (C ney miak tok kinek tok)
Lead Guitar : Mr Anek (masih aktif lagi........)
Vocalist : Ehmmm (sik kan sik tauk............)

Gelagat Teruna PSR C




Dari kiri ke kanan : Mai,Zam.Juki,Mad A-lone,Os Seratee dan Rosli bukan Dobi. Toklah polah miak PSR c bila sik ada pensyarah.Posing jak.Masa tok semua gik BUJANG TRANG TANG TANG. ----------------------...

Sunday, October 11, 2009

APA PENDAPAT ANDA????

REUNION...!!!!!!
Pandangan serta Cadangan daripada rakan sangat-sangat dialu-alukan. Sila hantarkan cadangan dan pendapat rakan-rakan dalam ruangan Jom Borak (cbox). Kita boleh berinteraksi.....
TARIKH : ......./...../2010
TEMPAT : ...................?
MASA :.......................?

Thursday, October 8, 2009

SUASANA DALAM KELAS


Masa sik ada pensyarah sempat juak kayo-kayo nangga kawan belajar. Suasana macam ya cuma tinggal kenangan. Hai.. Cikgu Basok, apa khabarmu di sana? Berapo orang dah anak.....?

Monday, October 5, 2009

POSING HABIS.....!!!!!!!!!


Masih ingat dengan jejaka jejaka ini...Adakah masih maintain seperti dulu?????

AKTIVITI KELAB HADRAH


Selepas penat menjalankan kerja amal membersih kawasan masjid Negeri,beberapa orang ahli kelab mengambil kesempatan berposing di luar kawasan masjid.

KENANGAN DI SK. ISTANA


Sempat berposing bersama rakan-rakan pelatih dan cikgu mat isa & cikgu mohd.muda selepas tamat joggerton peringkat sekolah. Dengar Khabar cikgu Mat Isa dah jadi GB.....betul ke. Cikgu muda di mana sekarang tok?

KOMPLEK DAYA BUMI KL


Sempat posing selepas penat kayo-kayo di shopping komplek di KL. Sik ingat lagi......, nak balit ke sarawakkah taupun nak ke Teluk Batik.

KUMPULAN PSR(PM)C


(atas: dari kiri) Rosli,Pandi,Mini,Mohd. Amin,Osman.Sari Rantai, Abg.Djzulkiman,Debit, Ahmad Elon.
(tengah: dari kiri) Katana,Ister,Juani,Asma,Dyg Mudiana,Seniah,Marinie,Suraya,Hamidah,Saftuyah,James.
(duduk: dari kiri) Louis,Rita,Norlela,Lucy,Basok,Connie,Norhayati,Nor Kuhi, Zamahari

KELAB TAKRAW KEBANGGAAN MAKTAB


Tahun 1988-90 merupan zaman kegemilangan skuad sepak takraw Maktab Perguruan Batu Lintang . Masih terbayang semasa pestarama permainan yang diadakan di Batu Lintang pada tahun 1989 dulu. Kehebatan nama-nama seperti Bedul....Azman......Abg. Ahmad.....Jamal dan ramai lagi yang tak dapat disebut menjadi wira maktab. Tapi gambar yang dipaparkan adalah ahli-ahli kelab takraw untuk gerko je.....tapi tak kurang hebat libasan mautnya. Sampay kelua gate sebelah....heehe.

Kumpulan Hadrah MPBL 88/90


Masih terbayang saat-saat menjalani latihan paluan hadrah yang diajar oleh jurulatih dari kampung stapok ketika kegiatan gerko dijalankan. Tak terasa masa berlalu..............kelab yang menyeronokan. Masih ingat lagikah tukuk yang diajar oleh tuan haji????? Mat Saat.....where are you? Norden...kau dah balik semenanjungkah?

Saturday, October 3, 2009

SANDAR PADA TIANG KENANGAN


Dua sahabat yang tidak pernah berjumpa selepas keluar dari maktab perguruan. Selepas posting sik ada khabar berita. Gambar diambil selepas menghadiri aktiviti persatuan guru pelatih di dewan brooke......sik ingat agik apa aktiviti ya. Maklumlah freshie...kenak ikut semua aktiviti. Tengoklah wajah....tengah tension.

GAMBAR KUMPULAN PSR(PM) J


Gambar kenangan kumpulan PSR(PM)J yang disumbangkan oleh cikgu Siti Taurah Mustapha. Mohon maaf gambar yang dihantar kurang jelas........maklumlah setelah hampir 19 tahun berlalu, gambar tu sajalah yang menjadi kenangan sewaktu di maktab dahulu. Apa khabar agaknya rakan-rakan semua.................

DARI SEGUMPAL HATI YANG JAUH

Di sini kita bertemu makna keakraban dan kita sebenarnya membina kerinduan tatkala meninggalkan garisan pertemuan. Inilah segumpal hati yang jauh di dasarnya ada karang-karang nostalgia semalam dan kita sebenarnya semakin mendekati garisan kenangan.
Bila diri semakin jauh kita semakin mengerti harga kasih sayang tatkala kerinduan bersimpuh di kamar perpisahan. IHSAN NOORZALI Dewan Sri Tanjung, UPSI METASTASIS

Friday, October 2, 2009

TERIMA KASIH..........TEMAN.

Terimakasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh En. Jemat Gani dan juga Pn. Siti Taurah Mustapha serta Pn. Dayang Zalehah Awg Seri yang telah menyumbangkan nama-nama rakan sekumpulan dan juga gambar kelas yang akan diusahakan untuk dimuatkan kedlm blog untuk tatapan semua tidak lama lagi.
Terima kasih sekali lagi.

Monday, September 28, 2009

Kisah malam Jumaat


Malam itu malam Jumaat. Hairi ingin beristirehat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu."Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat" kata Hairi pada Ana, isterinya yang sedang menyusu anak bongsu mereka." Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu"" Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran" balas Hairi, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapatkan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Hairi bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?"BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM"" Bang anak2 dah tidur" Terkejut Hairi mendengar suara Ana yang membawa khabar baik kepadanya dalam jangkamasa yang begitu singkat." SODAQALLAHULAZEEM "Tu lah dahsyat nya malam Jumaat......

Thursday, September 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Saya sekeluarga ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua rakan-rakan yang mengenali diri kami. Jemput datang ke rumah kami di alamat No.13, lorong 2, Taman Lucky, Jalan Belimbing, Sri Aman. Kalau nak berziarah tu call dulu.....takut-takut kami tak ada kat rumah.( 014 8983599)

sekian.

Wednesday, September 16, 2009

Zul di Sri Aman


Salam pertemuan buat rakan-rakan yang masih mengenali diri saya. Alhamdulillah.......semoga ruangan ini dapat mempertemukan semula saya dengan rakan-rakan yang telah lama tidak dapat khabar berita serta perkembangan diri, keluarga dan kerjaya.

Jumpa lagi di lain ketika.....wassalam.